Blog Archive

Tuhan Maha Kaya

Assalamualaikum.
Jawablah dalam hati, tak perlu tulis di sini pun.

Bagaimana kita boleh rasa risau akan kemiskinan? Sedangkan kita adalah makhluk pada Tuhan Yang Maha Kaya?

9/10 rezeki datangnya dari berniaga.

Peniaga dan usahawan itu berbeza.
Peniaga berniaga sekadar berniaga. Usahawan berniaga dengan kreativitinya. Tapi untuk menjadi usahawan kena jadi peniaga terlebih dahulu. Kena tahu selok-beloj perniagaan yang ingin diceburi. Kena tahu senario pasaran di tempat berniaga.

Perlahan-lahan meningkatkan produktiviti. Jangan terus berjual dengan kuantiti yang banyak supaya kita terus menjadi seorang usahawan, kononnya. Buat mengikut kekuatan modal. Pastikan modal yang kita miliki cukup untuk membiayai sehingga tiga kali jualan! Barulah betul.

Menjadi pemerhati yang peka, bukan pekak. Jika ada produk yang busuk atau rosak, jangan jual. Peka bukan pekak. Ini sangat penting. Ia melibatkan nyawa!

Ok nanti lagi sambung.

(^_^)

Puisi : Leka Ke Hujung Terjun

Setelah jenguh merangkak
Mula berlajar berdiri
Jatuh berdiri lagi
Hingga sampai ke satu sungai tenang
Panjang masih berhujung

Ditebing 
Kelihatan kayu berlubang
Bernama Negeri
Di atas sungai Negara
Aku mula hanyut

Air jernih memantul cahaya mentari
Pepohon melambai ditiup bayu
Burung berkicau menyoraki perjalanan
Sesekali ikan mematuk kaki
Seperti mimpi dalam mimpi

Nyamannya melekakan sedar
Hingga leka jatuh ke hujung terjun
Rupanya ramai sudah lemas
Dibeban air sungai Negara

M I Fitri

Ingat!

Jamrud batuan kuat
Berlian batuan keras
Granit batuan rapuh
Kelikir batuan tajam

Kuat bagaikan Jamrud
Keras bagaikan Berlian
Rapuh bagaikan Granit
Tajam bagaikan Kelikir

Bagaikan Kuatnya Jamrud
Umpama Kerasnya berlian
Ibarat Rapuhnya Granit
Seperti Tajamnya Kelikir

Jadilah sekuat Jamrud
Sekeras Berlian
Serapuh Granit
Setajam Kelikir

M I Fitri

Puisi: Aku Hanya Seorang Pencatit

Aku mencatit apa yang kau catit
Kerana aku seorang pencatit
Kau mencatit catitan pencatit
Aku pun catit apa yang kau catit

Catitan itu catitan pencatit
Kenapa kau catit catitan pencatit itu
Catitlah catitanmu sendiri
Pencatit itu juga mencatit catitan pencatit
Mencatit apa yang di catit oleh si pencatit
Nah, Tercatit-catitlah semua pencatit

Mencatitlah macam pencatit
Catit punya catit
Sampai tercatit di dalam catitan pencatit
Pencatit itu sedang mencatit
Catitan seorang pencatit

Ingatlah!
Ada dua pencatit di kiri dan kananmu
Mereka sedang mencatit amal apa yang akan kau catit di catitanmu
Makanya aku suruh kau catit catitanmu sendiri
Semua ini kan sudah tercatit
Catitanmu itu akan dihitung diakhirat
Oleh Yang Maha Pencatit


Dialah Maha Pencatit,

M I Fitri

Puisi: Malam Menjuntai Rindu

Sebenarnya, blog ini aku buat kerana blog yang lama dijangkiti malware. acil89.blogspot.com. Setelah itu memutuskan untuk memindahkan segala fail ke blog lain. Tapi, masih juga dikenalpasti sebagai malware. Jadi, lahirlah blog ini atas sebab sebab berkenaan. Memulakan sesuatu yang baru. Lagipun "Acil" adalah nama pena dulu. Sekarang menggunakan nama yang lebih mudah, M I Fitri.

Baiklah, mari kita lihat apa puisi Malam Menjuntai Rindu ini.

Malam Menjuntai Rindu

Aku mengadu rindu pada bintang kerna
melihat kerlipannya menembusi sukma kesuma
Lalu mengharap cahaya rembulan menyampaikannya melalui bayang

Ketika itu aku bertanya kepada nyiur melambai
Nampakkah ia pada insan ku sayang
Dihempas badai dan gelombang
Kusetia menanti bersama doa
mereka pulang ke jeti
bertahun lama masih belum pulang

Selembut bayu pilu menghiris
Memburaikan titisan airmata
Seusai pemergian bulan meninggalkanku
Dikelam malam menjuntai rindu

M I Fitri
Tanjung tanjung pantai


Menceburi Bidang Penulisan

Pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort pada tahun 2002. Bermula tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, menduduki kelas bahasa Arab. Tingkatan empat dan lima pula Sains dan tingkatan enam kelas ekonomi. Pada tahun 2009, menyambung pengajian ke Sekolah Pengajian Seni, UMS. Ketika inilah mula terdedah pada bidang sastera.
Pada mulanya berprasangka buruk pada sastera. Merasa ianya adalah sesuatu yang sia-sia. Namun, berubah setelah membaca puisi Chairil Anwar,

Aku
Kalau sampai waktuku
Kumau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu!
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari

Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi!