Blog Archive

Puisi: Malam Menjuntai Rindu

Sebenarnya, blog ini aku buat kerana blog yang lama dijangkiti malware. acil89.blogspot.com. Setelah itu memutuskan untuk memindahkan segala fail ke blog lain. Tapi, masih juga dikenalpasti sebagai malware. Jadi, lahirlah blog ini atas sebab sebab berkenaan. Memulakan sesuatu yang baru. Lagipun "Acil" adalah nama pena dulu. Sekarang menggunakan nama yang lebih mudah, M I Fitri.

Baiklah, mari kita lihat apa puisi Malam Menjuntai Rindu ini.

Malam Menjuntai Rindu

Aku mengadu rindu pada bintang kerna
melihat kerlipannya menembusi sukma kesuma
Lalu mengharap cahaya rembulan menyampaikannya melalui bayang

Ketika itu aku bertanya kepada nyiur melambai
Nampakkah ia pada insan ku sayang
Dihempas badai dan gelombang
Kusetia menanti bersama doa
mereka pulang ke jeti
bertahun lama masih belum pulang

Selembut bayu pilu menghiris
Memburaikan titisan airmata
Seusai pemergian bulan meninggalkanku
Dikelam malam menjuntai rindu

M I Fitri
Tanjung tanjung pantai


No comments:

Post a Comment